Cerpen Bawod
Sinopsis Cerpen Bawod : Cerpen Bawod ini mengisahkan tentang hubungan yang akrab antara Beluntung dengan dua ekor haiwan peliharaannya iaitu Tuyog yang merupakan seekor kerbau dan Bawod yang merupakan seekor kambing. Cerita bermula apabila pada suatu hari hujan lebat telah turun di Kampung Beluntung menyebabkan air Sungai Layong telah melepasi paras tebing dan menenggelamkan rumput rampai di halaman rumah Beluntung. Dalam keadaan hujan lebat dan angin yang kencang, Beluntung turun dari rumah untuk mencari dan menyelamatkan haiwan-haiwan peliharaannya itu daripada mati kemas walaupun tindakannya itu dilarang oleh ibunya. Namun, dia berasa kecewa apabila pancariannya itu tidak berhasil. Keesokan harinya, pada awal-awal pagi, Beluntung telah turun ke tanah mencari haiwan-haiwan peliharaannya berbekalkan lampu suluh. Namun, Beluntung berasa sedih kerana dia masih gagal menemukan haiwannya itu dan menyangkakan haiwannya itu telah mati lemas. Setelah dia selesai membasuh kakinya ...